Selasa, 1 September 2020

KEAJAIBAN MADU LEBAH KELULUT PENAWAR PELBAGAI PENYAKIT

 


    Lebah merupakan sejenis serangga terbang sosial yang hidup berkelompok dan lebih dikenali 
kerana peranan mereka dalam menjadi agen pendebungaan, menghasilkan madu dan juga lilin lebah. Menurut para saintis dan ilmuan, lebah dikategorikan kepada dua kelompok besar iaitu lebah bersengat dan tidak bersengat serta tidak membahayakan manusia. Meskipun lebah bersengat lebih dikenali meluas, tetapi kajian ahli taksonomi menyimpulkan bahawa lebah tidak bersengat kelulut merupakan lebah yang tertua yang pernah ditemui. Mengikut kajian juga, terdapat hampir 500 spesies kelulut di dunia. Ia boleh didapati di kawasan tropika seperti di Australia, sesetengah negara Afrika dan Amerika serta negara-negara di Asia Tenggara seperti Malaysia. 

    Malaysia dilaporkan mempunyai kepelbagaian spesies trigona yang terbanyak iaitu lebih daripada 35 spesies trigona berbanding dengan negara tropika Asia yang lain. Pihak MARDI telah pun mengumpulkan sebanyak 30 spesies trigona dalam koleksi antrapod mereka. Kepelbagaian ini boleh dilihat melalui bentuk sarangya.



penyelidikan MARDI

Lebah Kelulut

Kenali Lebah Kelulut

    Secara fizikalnya, lebah kelulut bersaiz antara 3mm hingga 8mm dan sangat lincah bergerak. Ia sangat berbeza dengan lebah Apis (Apis Dorsata – Lebah Tualang dan Apis Cerana – Lebah Lalat) yang lebih besar ukurannya dan pergerakannya tidak begitu lincah. Walaupun lebah kelulut mirip lebah bersengat, tetapi saiznya jauh lebih kecil.Serangga ini mempunyai tiga pasang kaki yang semuanya beruas-ruas. Sepasang kaki belakang memiliki duri-duri yang sangat banyak sehingga mampu memegang erat debunga yang dikutip daripada tumbuhan. Pada bahagian kepala pula terdapat sepasang mata yang lebar dan di belakang kepala lengkap dengan antena sebagai deria pengesanan. Lebah kelulut mempunyai mulut yang halus, muncung dan panjang yang membolehkan ia menghisap madu di ruangan yang sempit dan jauh ke dalam bunga-bungaan. Ia juga mempunyai sepasang sayap di badannya yang panjang yang membolehkannya untuk bergerak bebas dengan lincah di udara. 

Kebaikan Madu Lebah Kelulut: 
•Meningkatkan Daya tahan tubuh
•Melancarkan peredaran darah
•Menguatkan Fungsi Otak serta Kecerdasan minda
•Meningkatkan pengeluaran Hormon
•Mengendurkan urat-urat tegang
•Menghilangkan rasa letih
•Mengawal paras gula dalam darah
•Mengubati selsema & Batuk
•Merawat tekanan darah tinggi
•Merawat kencing manis
•Mengatasi demam &meningkatkan Antibodi
•Menyembuh luka dalaman/selepas bersalin
•Menganjalkan Kulit Wajah
•Menjadikan Rambut sihat & berkilau
•Melancarkan kitaran haid
•Menyembuhkan Ulser, radang gusi atau mulut
•Merawat Asma, Gout, Buah pingang

Pastikan anda beli pada penternak yang bertauliah dan berpengetahuan mengenai madu lebah kelulut. madu kelulut berbeza rasa dan berbeza warna ia bergantung pada jenis nektar bunga yang dihisap oleh lebah kelulut itu sendiri. warna madu kelulut dari jernih hingga keruh.
harga madu kelulut dipasaran tinggi kerana kuantiti madu yang dihsailkan setiap bulan adalah sedikit maka permintaan madu meningkat saban tahun.

untuk mencari madu asli yang bermutu, berkualiti dan bersih boleh layari facebook page 
https://www.facebook.com/Madu-Kelulut-Asli-103880611196652/ atau hubungi http://www.wasap.my/+601128660571 
madu kelulut shadan diyakini halal, suci, tanpa campuran dan bahan pengawet 100% penghasilan buatan sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan